Pengenalan
Atmosfera merupakan lapisan gas yang melindungi hidupan bumi dengan menyerap pancaran solar ultraungu. Kedudukan Atmosfera dikekalkan oleh graviti bumi itu sendiri. 11 kilometer dari permukaan tanah adalah 75% atmosfera dan tiada sempadan yang mendadak kerana ketebalannya yang menipis apabila meningkatnya ketinggian. Tidak ada batas pasti antara atmosfera dan angkasa lepas kecuali garisan Karma yang sering digunakan sebagai sempadan atmosfera dan angkasa dengan jarak 100 km (62 batu).
Rajah : Gambar struktur lapisan atmosfera bumi.
Terdapat lima lapisan atmosfera iaitu
Troposfera, Stratosfera, Mesosfera, Termosfera, Eksosfera
Troposfera
Troposfera merupakan lapisan atmosfera pertama dan mempunyai ketebalan yang nipis serta dekat dengan permukaan bumi. Lapisan atmosfera bermula dari permukaan bumi sehingga ke lapisan tropopause bergantung kepada latitud iaitu diantara 10-16 kilometer. Sistem cuaca juga berlaku pada lapisan tropopause dan mempunyai takat suhu sekitar 17 C hingga -52 C. Selain itu, lapisan ini merupakan lapisan paling ideal bagi campuran gas yang menyokong hidupan bumi.
Stratosfera
Stratosfera adalah lapisan atmosfera kedua dan lapisannya bermula daripada lapisan troposfera sehingga lapisan mesosfera pada ketinggian antara 10-16 kilometer (lebih kurang 50 km). Pada lapisan ini terdapat lapisan ozon yang menyerap pancaran cahaya ultra lembayung yang melindungi bumi serta menyebabkan suhu meningkat pada paras 250 kelvin.
Mesosfera
Mesosfera pula merupakan lapisan yang ketiga dan terletak pada ketinggian 80-85 km daripada permukaan bumi serta mempunyai ketebalan anggaran setebal 50 km. Objek yang melalui atmosfera ini akan mengalami pergeseran oleh kerana wujudnya zarah udara. Takat suhu atmosfera ini berkurang dari 290 K hingga 200 K ( hingga ). Kebanyakan meteor terbakar di lapisan ini sebelum sampai ke bumi.
Termosfera
Termosfera lapisan atmosfera yang keempat dan bermula dari 80 km dari permukaan bumi hingga antara 500-1000 km. Selain itu, berlakunya fenomena aurora (tirai cahaya),sinaran UV menyebabkan berlakunya proses pengionan (ionosfera). Lapisan ini mempunyai takat suhu yang tinggi sehingga 2000 C.
Eksosfera

NATURE
Kepentingan Tumbuh-Tumbuhan Semula Jadi
Tumbuh-tumbuhan semula jadi mempunyai banyak kepentingan. Ayat flora bermaksud tumbuh-tumbuhan dan fauna pula bermaksud binatang.
Hutan hujan tropika negara Malaysia kaya dengan pelbagai flora dan fauna. Kepelbagaian ini menarik pelancong luar negara datang ke negara kita. Contohnya, bunga Rafflesia (bunga yang terbesar di dunia) telah menarik kunjungan pelancong ke Sabah dan Perak. Selain itu, flora dan fauna juga menjadi bahan penyelidikan oleh para pegawai penyelidik tempatan dan asing. Penyelidikan ini penting kerana ianya menjamin warisan kepada generasi masa depan.
Ada kawasan yang dipelihara dan dilindungi di Malaysia. Pokok di kawasan hutan ini pula tidak boleh ditebang. Kawasan ini dikenali sebagai Hutan Simpan.

Kepentingan Kawasan Semula Jadi
1. Tempat Perlindungan Hidupan Liar
Hutan menjadi tempat pembiakan dan tempat tinggal kepada pelbagai jenis haiwan. Makanan boleh diperolehi dengan banyaknya di kawasan hutan yang terlindung.
2. Sumber Perhutanan
Hutan di negara Malaysia mempunyai pelbagai pokok seperti damar, buluh dan rotan. Pokok-pokok besar pula menjadi sumber kayu untuk industri perabut dan pembuatan. Selain itu, hutan juga merupakan sumber perubatan dengan tumbuhan herba seperti asam jawa, kacip fatimah, tongkat ali dan banyak lagi.
3. Kawasan Tadahan
Hutan adalah penting untuk mengekalkan dan mengawal kadar aliran air hujan. Air yang melalui sungai akan dirawat untuk kegunaan harian kita.
4. Mencegah Hakisan
Tumbuh-tumbuhan yang hidup di kawasan cerun atau lereng bukit dapat mencegah hakisan tanah kerana akar tumbuh-tumbuhan akan mencengkam tanah. Oleh itu, tanah sukar dialirkan oleh air hujan.
5. Pembiakan Hidupan Laut
Tumbuh-tumbuhan yang hidup di kawasan paya bakau dapat mengelakkan hakisan di sepanjang paya bakau. Ianya dapat memecahkan ombak dan memperlahankan arus air laut. Kawasan ini juga menjadi tempat perlindungan dan pembiakan kepada haiwan seperti siput, lokan, udang galah dan pelbagai jenis ikan.

6. Kawasan Ekopelancongan
Kawasan Hutan Semula Jadi yang terdapat di Malaysia juga adalah antara salah satu keunikan yang telah menjadi tarikan pelancong asing ke negara ini. Khazanah alam yang pelbagai serta keindahan alam yang hijau ditambahkan lagi dengan kepelbagaian jenis haiwan dan serangga yang unik telah menjadi aset utama untuk sektor pelancongan di Malaysia. Contoh, kawasan Sepilok Sabah yang mana merupakan kawasan perlindungan hidupan liar iaitu monyet.
No comments:
Post a Comment